Monday, 20 May 2013

PEMILIHAN NAMA-NAMA YANG TERINDAH UNTUK PERMATA HATI




Menyambut orang baru buatkan seseorang teruja dengan kehadirannya. Berdoa beroleh cahayamata yang soleh dan solehah lagi sihat walafiat sebagai bekalan untuk kita; moga-moga beroleh utusan FATIHAH daripada buah hati tercinta. Sebagai ibu bapa adalah menjadi tanggungjawab untuk kita memberi nama-nama yang membawa maksud kebaikan untuk setiap ruang hidup anak-anak. Nama-nama yang terpilih dalam islam cukup untuk membayangkan jiwa dan si pemunya nama untuk menjunjung nama itu walau dimana mereka berada. Untuk para ibu bapa haruslah memanggil nama-nama yang benar-benar memberi maksud dan bukanlah nama itu disingkatkan yang melayakkan maknanya menyimpang kepada keburukan.

Nama yang dipanggil adalah doa daripada si pemanggil kepada si pemunya nama. 

Untuk mencadangkan nama-nama yang terindah untuk si comel, kita perlu ada rujukan samada pada buku-buku rujukan nama yang terpilih atau kepada para ibu-ibu yang sedang mengandung adalah disarankan banyak membaca AL-QURAN sepanjang 9 bulan tempoh mengandunug. Insha Allah kita akan mendapat nama-nama yang terindah di dalam kitab terpuji itu.

SETUP AQUARIUM IKAN AIR MASIN



Salam...

Semalam mula la hobi baru yg x penah2 terpikir nk mencuba. Konon2 nak setup aquarium untuk ikan air masin. Mulenye psl anak-anak dah terberkenan dengan ikan nemo n the geng kat satu kedai aquarium. Hubby pun cube la interview pemilik kedai ikan cara-cara nk setup aquarium untuk ikan air masin. Modal dlm lingkungan RM200 termasuk aquarium 2 kaki. Di antaranya yang dicadangkan oleh pemilik kedai ikan barang-barang keperluan yang perlu ada untuk meng"setup" aquarium ikan air masin adalah seperti berikut;

- GARAM (untuk masinkan air klorin) - RM 20
untuk 2 kaki panjang aquarium memerlukan 1.5 kg garam. 

- THERMOMETER - RM 28 (untuk menyukat kadar masin air klorin setelah dicampur dengan garam - kadar masin yg ideal 1.017 - 1.020) lebih dr 1.0.20 perlu ditambah air n garam agar mendapat kadar masin yang ideal. Ikan akan mati sekiranya air terlalu masin)

- BIO FILTER - RM 22 ( bacteria sihat untuk aquarium) - jenama ni MADE IN USA - perlu dimasukkan dlm aquarium yg disetup 3ml sehari selama 7 hari (selepas berakhir proses memasinkan air aquarium ianya hanya perlu dititikkan sebanyak 3ml selama sebulan.

AQUARIUM - RM90 (2 kaki)

BATU KARANG - RM 5 perlu dibasuh dahulu sebelum dimasukkan ke dalam aquarium

- REMOVER CLORINE - RM 18 ( untuk menghilangkan clorin yg ade kt air paip)
Memerlukan 20 titik untuk setiap 1.5 kg garam 

- DIGITAL THERMOMETER - RM 20 ( untuk suhu air ; suhu ideal < 30)  

Sebelum beredar dari kedai, pemilik sempat juga memesan agar "JANGAN" dinyalakan lampu aquarium semasa proses meneutralan air paip ke air masin.

Proses meneutralkan air paip menjadi air masin ini memerlukan masa 7 hari untuk sebatian. Selepas itu barulah leh pilih ikan-ikan air masin yang menjadi kegemaran. Harga paling murah ikan air masin di kedai aquarium itu bermula RM 8 size S.

Doakan kami berjaya.