Monday, 20 May 2013

SETUP AQUARIUM IKAN AIR MASIN



Salam...

Semalam mula la hobi baru yg x penah2 terpikir nk mencuba. Konon2 nak setup aquarium untuk ikan air masin. Mulenye psl anak-anak dah terberkenan dengan ikan nemo n the geng kat satu kedai aquarium. Hubby pun cube la interview pemilik kedai ikan cara-cara nk setup aquarium untuk ikan air masin. Modal dlm lingkungan RM200 termasuk aquarium 2 kaki. Di antaranya yang dicadangkan oleh pemilik kedai ikan barang-barang keperluan yang perlu ada untuk meng"setup" aquarium ikan air masin adalah seperti berikut;

- GARAM (untuk masinkan air klorin) - RM 20
untuk 2 kaki panjang aquarium memerlukan 1.5 kg garam. 

- THERMOMETER - RM 28 (untuk menyukat kadar masin air klorin setelah dicampur dengan garam - kadar masin yg ideal 1.017 - 1.020) lebih dr 1.0.20 perlu ditambah air n garam agar mendapat kadar masin yang ideal. Ikan akan mati sekiranya air terlalu masin)

- BIO FILTER - RM 22 ( bacteria sihat untuk aquarium) - jenama ni MADE IN USA - perlu dimasukkan dlm aquarium yg disetup 3ml sehari selama 7 hari (selepas berakhir proses memasinkan air aquarium ianya hanya perlu dititikkan sebanyak 3ml selama sebulan.

AQUARIUM - RM90 (2 kaki)

BATU KARANG - RM 5 perlu dibasuh dahulu sebelum dimasukkan ke dalam aquarium

- REMOVER CLORINE - RM 18 ( untuk menghilangkan clorin yg ade kt air paip)
Memerlukan 20 titik untuk setiap 1.5 kg garam 

- DIGITAL THERMOMETER - RM 20 ( untuk suhu air ; suhu ideal < 30)  

Sebelum beredar dari kedai, pemilik sempat juga memesan agar "JANGAN" dinyalakan lampu aquarium semasa proses meneutralan air paip ke air masin.

Proses meneutralkan air paip menjadi air masin ini memerlukan masa 7 hari untuk sebatian. Selepas itu barulah leh pilih ikan-ikan air masin yang menjadi kegemaran. Harga paling murah ikan air masin di kedai aquarium itu bermula RM 8 size S.

Doakan kami berjaya. 

4 comments:

  1. Salam..
    so ape perkembangan aquarium air masin u skarang ni?
    bole share?
    thanks.

    ReplyDelete
  2. Gambar xde ke? Nak tau jgk perkembangannya.

    ReplyDelete
  3. 2013, 2015 & 2017
    Now 2020
    Normally it's expensive and rumit@leceh

    ReplyDelete